Saturday 14 September 2013

Jumlah Kematian Rakyat Mesir Terus Meningkat

Antara Kenyataan Terkini Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi Kepada Rakyat Mesir  di TV al Jazeera :
“Apa yang berlaku hari ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah Mesir baik ketika negara ini dijajah oleh Inggeris dan Perancis, atau mana-mana tamadun, di mana pemerintah membunuh rakyatnya sendiri dengan cara yang paling kejam”.
“Saya menyeru kepada semua rakyat Mesir untuk keluar bersama-sama pada Jumaat ini 16 Ogos 2013. Kepada penduduk Mesir, bawalah bersama isteri-isterimu, anak-anakmu, orang-orang tua untuk turun ke dataran-dataran seluruh Mesir.”
Rakaman Video Detik-Detik Pembunuhan Rakyat Mesir Klik Di Sini : FB Dunia Islam Kini
Yusof Al-Qaradawy
Jumlah Kematian Rakyat Mesir Hingga Kini
Sumber R.N.N: Kiraan pertama angka syuhada’ sehingga kini melebihi 3,500 orang di seluruh negara sepanjang operasi ketenteraan semalam. Mereka yang terkorban di dua lokasi utama himpunan iaitu Raba’ah dan Nahdhah sahaja melebihi 2,500 orang.  Lebih 300 orang lagi dilaporkan terkorban di beberapa wilayah lain dalam perhimpunan yang diadakan sejurus pembunuhan di Raba’ah dan Nahdhah.
Walau bagaimanapun, hanya 350 mayat sahaja berjaya dikeluarkan dari Hospital Awam Raba’ah dibawa ke Masjid Al-Iman, kawasan Makram ‘Abid sebelum hospital tersebut dibakar. Baki mayat lain gagal dipindahkan dan hangus terbakar di dalam hospital. Kementerian Kesihatan pula mengumumkan 420 mayat lagi tiba di beberapa buah hospital lain.
Lebih 10,000 lagi dilaporkan cedera. Sementara itu Ikhwanonline melaporkan jurucakap Jabhah Salafiyah Hisham Kamal turut terbunuh ialah 65 orang kanak-kanak, ramai di tahap kritikal. Pihak hospital Raba’ah mengumumkan antara mereka yang terkorban ialah seorang ibu bersama dengab bayi yang disusunya akibat digilis oleh kereta perisai tentera.
Pentas Dataran Rabaah
Keadaan terkini pentas utama dan Masjid di Dataran Rabaah Adawiyyah. Habis dijilat api. Kezaliman yang dilakukan oleh Rejim As- Sisi &  Angkatan Tenteranya.
Kesan kebakaran yang tinggal di Hospital Medani Rabaah Adawiyyah selepas polis dan samseng-samseng membakar bangunan tersebut dengan jenazah dan mangsa tercedera masih di dalamnya.
Hospital Rabaah
Bayi kecil bernama Mo’tasem dipangku ayahnya. Anak kecil yang baru dilahirkan beberapa hari yang lalu di Raba’ah Al-Adawiyah tidak terkecuali dari menjadi mangsa serangan polis dan tentera.
Hospital Medani tidak berhenti menghitung bilangan syuhada’ dalam pembunuhan di Raba’ah, An-Nahdhah, Mustafa Mahmud dan lain-lain tempat. Demikian itu kepadatan terlalu banyak yang syahid tidak tiba ke hospital kerana disebabkan serangan ke atas bangunan hospital dan banyak jasad yang rentung.
Suasana di masjid Iman, Makram Abid berdekatan dengan Hadiqah Atfal. Hanya sebilangan kecil jenazah yang sempat dibawa lari dari Rabaah Adawiyyah. Manakala yang lain, tidak dapat diselamatkan di hospital Rabaah yang dibakar oleh Rejim As-Sisi & Tenteranya. Selepas Hospital Medani dimusnahkan oleh pihak penguasa, para syuhada’ akhirnya ditempatkan di Masjid Iman, Makram ‘Abid ini.
Hutang Mesir meningkat dengan mendadak dan mencapai tahap yang paling tinggi setelah menteri dalam negeri menyalahgunakan kuasanya, dan membazirkan harta negara.
Wilayah Iskandariah
Terkini : Perarakan besar-besaran di sdi Iskandariah, Fayyum, Tanta, Aswan dan beberapa lokasi lain sedang berlansung sekarang bagi mengecam pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh pihak tentera dan polis semasa meleraikan perhimpunan semalam.
Dr.Solah Sultan, bekas Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam Mesir melalui Facebook beliau :
“Saya bersumpah dengan nama Allah (tiga kali), bahawa saya melihat mayat-mayat yang dibunuh sebelum dibakar terlalu banyak dan tidak terhitung, selama 11 jam mereka (Tentera & Polis Mesir) berterusan melepaskan tembakan dengan keberanian yang luar biasa..”
- See more at: http://wanfauzi.com/jumlah-kematian-rakyat-mesir-terus-meningkat/#more-2306

No comments:

Post a Comment