Saturday 7 September 2013

Berita Kenaikan Harga Minyak RON 95 & Diesel 20 sen : Khabar Angin VS Realiti?

Berita kenaikan harga minyak RON 95 yang dikatakan sekadar khabar angin terus bertiup kencang bergerak ke seluruh negara dengan begitu pantas melalui aplikasi WhatsApps dan platform medium sosial seperti Facebook dan Twitter.
KUALA LUMPUR – Dakwaan mengenai kenaikan harga minyak petrol RON95 sebanyak 20 sen tengah malam ini hanya khabar angin, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek Hasan berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan harga minyak tersebut. “Saya tidak tahu, kita tengoklah dahulu macam mana. Siapa yang bercakap?”
“Kita jangan galakkan rakyat dengan khabar angin. Jika tidak ada fakta, jangan buat andaian yang bukan-bukan. Kalau sampai masanya, saya akan berikan penjelasan,” katanya. Hasan berkata, orang ramai dinasihatkan tidak mendengar khabar angin mengenai kenaikan harga minyak RON95. Harga minyak petrol RON95 adalah RM1.90 seliter setelah kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.09 sen seliter. [Bernama]
Jawatan Menteri yang memegang porfolio yang berkaitan dengan isu kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel pun tidak tahu? Hebat….Jadi menteri penuh tidak tahu apa-apa? Apalah malangnya rakyat Malaysia memiliki kualiti menteri seperti ini?
Dan penafian demi penafian tidak mampu bertahan lama. Akhirnya, ternyata dan terbukti sama sekali Malaysia tidak pernah sunyi dengan lambakan berita khabar angin yang benar sama sekali.

No comments:

Post a Comment