Saturday 14 September 2013

Ringgit Malaysia VS Singapore Dollar (RM2.60 = SG$1). Rakyat Singapura Semakin Gembira! Rakyat Malaysia?


Malaysia VS Singapore 2013
Ringgit Malaysia VS Singapore Dollar : Biasanya, berdasarkan laporan media arus perdana di Malaysia, rakyat Malaysia diminta jangan terlalu percaya kepada khabar angin dan digalakkan hanya berpandukan maklumat yang “sahih dan tepat” contohnya kitab Utusan Malaysia dan Berita TV3 serta berita RTM.
Dan berdasarkan laporan Bernama yang disiarkan oleh Yahoo Malaysia, ekonomi Malaysia kekal kukuh, aman, stabil, ekonomi Malaysia positif, mengukuh, pesat membangun, harga minyak masih termurah berbanding negara lain, kos sara hidup rendah, segala macam yang indah-indah belaka.
Contohnya, laporan berita Bernama pada 29 April 2013 satu minggu sebelum Pilihanraya Umum ke 13 (2013)

.

OPS DAULAT Lahad Datu Sabah : Tentera + Polis Gempur Pengganas Dalam Masa 48 Jam!



Ops Daulat
Hari ini Ops Daulat sudah memasuki hari Kesebelas. Kami boleh nampak sendiri air muka Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin cukup sedih tetapi tegas, ditambah dengan kemarahan yang tidak boleh diselindung lagi ketika dalam sidang media.
Apatah lagi melihatkan perkhabaran yang cukup menyedihkan apabila satu demi satu anak buahnya dan perwira untuk 28 juta rakyat Malaysia terkorban (DI SINI). Alhamdulillah kita mendapat perkhabaran….
Alhamdulillah kita mendapat perkhabaran yang “cukup meyakinkan” sejakOps Daulat yang mula dilancarkan, apabila Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin sudah meniup semboyan yang cukup-cukup tegas bagi melawan saki-baki pengganas Lahad Datu kali ini
.

Jumlah Kematian Rakyat Mesir Terus Meningkat

Antara Kenyataan Terkini Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi Kepada Rakyat Mesir  di TV al Jazeera :
“Apa yang berlaku hari ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah Mesir baik ketika negara ini dijajah oleh Inggeris dan Perancis, atau mana-mana tamadun, di mana pemerintah membunuh rakyatnya sendiri dengan cara yang paling kejam”.
“Saya menyeru kepada semua rakyat Mesir untuk keluar bersama-sama pada Jumaat ini 16 Ogos 2013. Kepada penduduk Mesir, bawalah bersama isteri-isterimu, anak-anakmu, orang-orang tua untuk turun ke dataran-dataran seluruh Mesir.”
Rakaman Video Detik-Detik Pembunuhan Rakyat Mesir Klik Di Sini : FB Dunia Islam Kini
Yusof Al-Qaradawy
Jumlah Kematian Rakyat Mesir Hingga Kini
Sumber R.N.N: Kiraan pertama angka syuhada’ sehingga kini melebihi 3,500 orang di seluruh negara sepanjang operasi ketenteraan semalam. Mereka yang terkorban di dua lokasi utama himpunan iaitu Raba’ah dan Nahdhah sahaja melebihi 2,500 orang.  Lebih 300 orang lagi dilaporkan terkorban di beberapa wilayah lain dalam perhimpunan yang diadakan sejurus pembunuhan di Raba’ah dan Nahdhah.
Walau bagaimanapun, hanya 350 mayat sahaja berjaya dikeluarkan dari Hospital Awam Raba’ah dibawa ke Masjid Al-Iman, kawasan Makram ‘Abid sebelum hospital tersebut dibakar. Baki mayat lain gagal dipindahkan dan hangus terbakar di dalam hospital. Kementerian Kesihatan pula mengumumkan 420 mayat lagi tiba di beberapa buah hospital lain.
Lebih 10,000 lagi dilaporkan cedera. Sementara itu Ikhwanonline melaporkan jurucakap Jabhah Salafiyah Hisham Kamal turut terbunuh ialah 65 orang kanak-kanak, ramai di tahap kritikal. Pihak hospital Raba’ah mengumumkan antara mereka yang terkorban ialah seorang ibu bersama dengab bayi yang disusunya akibat digilis oleh kereta perisai tentera.
Pentas Dataran Rabaah
Keadaan terkini pentas utama dan Masjid di Dataran Rabaah Adawiyyah. Habis dijilat api. Kezaliman yang dilakukan oleh Rejim As- Sisi &  Angkatan Tenteranya.
Kesan kebakaran yang tinggal di Hospital Medani Rabaah Adawiyyah selepas polis dan samseng-samseng membakar bangunan tersebut dengan jenazah dan mangsa tercedera masih di dalamnya.
Hospital Rabaah
Bayi kecil bernama Mo’tasem dipangku ayahnya. Anak kecil yang baru dilahirkan beberapa hari yang lalu di Raba’ah Al-Adawiyah tidak terkecuali dari menjadi mangsa serangan polis dan tentera.
Hospital Medani tidak berhenti menghitung bilangan syuhada’ dalam pembunuhan di Raba’ah, An-Nahdhah, Mustafa Mahmud dan lain-lain tempat. Demikian itu kepadatan terlalu banyak yang syahid tidak tiba ke hospital kerana disebabkan serangan ke atas bangunan hospital dan banyak jasad yang rentung.
Suasana di masjid Iman, Makram Abid berdekatan dengan Hadiqah Atfal. Hanya sebilangan kecil jenazah yang sempat dibawa lari dari Rabaah Adawiyyah. Manakala yang lain, tidak dapat diselamatkan di hospital Rabaah yang dibakar oleh Rejim As-Sisi & Tenteranya. Selepas Hospital Medani dimusnahkan oleh pihak penguasa, para syuhada’ akhirnya ditempatkan di Masjid Iman, Makram ‘Abid ini.
Hutang Mesir meningkat dengan mendadak dan mencapai tahap yang paling tinggi setelah menteri dalam negeri menyalahgunakan kuasanya, dan membazirkan harta negara.
Wilayah Iskandariah
Terkini : Perarakan besar-besaran di sdi Iskandariah, Fayyum, Tanta, Aswan dan beberapa lokasi lain sedang berlansung sekarang bagi mengecam pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh pihak tentera dan polis semasa meleraikan perhimpunan semalam.
Dr.Solah Sultan, bekas Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam Mesir melalui Facebook beliau :
“Saya bersumpah dengan nama Allah (tiga kali), bahawa saya melihat mayat-mayat yang dibunuh sebelum dibakar terlalu banyak dan tidak terhitung, selama 11 jam mereka (Tentera & Polis Mesir) berterusan melepaskan tembakan dengan keberanian yang luar biasa..”
- See more at: http://wanfauzi.com/jumlah-kematian-rakyat-mesir-terus-meningkat/#more-2306

Terkini!!! Filem KL Gangster 2 Masih Belum Ditayang Di Pawagam Tapi Dah Bocor, Syamsul Yusuf Ambil Tindakan Polis.. Siapa Dalang? Jom Terjah!!





Isu filem KL Gangster 2 leaked, Syamsul Yusuf ambil tindakan polis - Selepas menjadi filem tempatan yang paling ditunggu-tunggu penonton sejak dua tahun lalu, Skop Production kini berdepan masalah baru apabila filem terbabit yang dijangka menemui penonton 3 Oktober ini telah dibocorkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Kini fullmovie DVDscr filem KL Gangster sedang berlegar-legar di laman maya dan semakin ramai yang ghairah memuat-turunnya tanpa kebenaran dari pemilik media. Pengarahnya, Syamsuf Yusuf turun terkejut dengan berita kebocoran itu semalam dan memberi amaran keras akan mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang bertanggungjawab.

Saturday 7 September 2013

Berita Kenaikan Harga Minyak RON 95 & Diesel 20 sen : Khabar Angin VS Realiti?

Berita kenaikan harga minyak RON 95 yang dikatakan sekadar khabar angin terus bertiup kencang bergerak ke seluruh negara dengan begitu pantas melalui aplikasi WhatsApps dan platform medium sosial seperti Facebook dan Twitter.
KUALA LUMPUR – Dakwaan mengenai kenaikan harga minyak petrol RON95 sebanyak 20 sen tengah malam ini hanya khabar angin, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek Hasan berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan harga minyak tersebut. “Saya tidak tahu, kita tengoklah dahulu macam mana. Siapa yang bercakap?”
“Kita jangan galakkan rakyat dengan khabar angin. Jika tidak ada fakta, jangan buat andaian yang bukan-bukan. Kalau sampai masanya, saya akan berikan penjelasan,” katanya. Hasan berkata, orang ramai dinasihatkan tidak mendengar khabar angin mengenai kenaikan harga minyak RON95. Harga minyak petrol RON95 adalah RM1.90 seliter setelah kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.09 sen seliter. [Bernama]
Jawatan Menteri yang memegang porfolio yang berkaitan dengan isu kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel pun tidak tahu? Hebat….Jadi menteri penuh tidak tahu apa-apa? Apalah malangnya rakyat Malaysia memiliki kualiti menteri seperti ini?
Dan penafian demi penafian tidak mampu bertahan lama. Akhirnya, ternyata dan terbukti sama sekali Malaysia tidak pernah sunyi dengan lambakan berita khabar angin yang benar sama sekali.